Mungkin Peminat JDT Salah Faham Tentang Kekalahan JDT Ke Atas Perak!! Bertabahlah Wahai JDT – Dr Vida

‘Mungkin peminat JDT salah faham’ – Dr Vida


Kuala Terengganu: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida bukan berniat untuk perlekeh Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui video di akaun Instagram tetapi terkejut dengan kekalahan pasukan itu kepada Perak pada Sabtu lalu.
Menurutnya, JDT adalah pasukan yang sering menjadi perhatiannya selain FELDA United kerana kedua-duanya adalah pasukan yang kuat dalam saingan liga bola sepak di negara ini.
“Saya tidak sangka video berkenaan dikecam oleh netizen terutamanya penyokong JDT.
“Mungkin mereka salah faham, saya sebenarnya suka berkongsi dengan peminat dan ketika rakaman itu pula berada di Kota Bharu.
“Selepas tahu JDT kalah saya bertanya kepada peminat dalam loghat Perak ‘cer citer’ mungkin ada membuatkan salah faham dan marah, jadi saya harapkan netizen tidak berbalah dan berburuk sangka dengan pertanyaan itu,” katanya.
Selain penyokong, pemilik JDT Tengku Ismail Sultan Ibrahim juga memberi reaksi sinis menerusi statusnya di laman sosial Johor Southern Tiger semalam.

Mungkin Peminat JDT Salah Faham Tentang Kekalahan JDT Ke Atas Perak!! Bertabahlah Wahai JDT – Dr Vida Mungkin Peminat JDT Salah Faham Tentang Kekalahan JDT Ke Atas Perak!! Bertabahlah Wahai JDT – Dr Vida Reviewed by Unknown on 23:48 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.